Jenayah

Rumah bapa dipecah masuk

rumah bpa dipecah masuk

NILAI – Seorang wanita tidak menyangka panggilan telefon yang diterima dari jirannya kira-kira 6 pagi kelmarin, rupa-rupanya ingin memberitahu rumah bapanya di Kampung Baru Nilai, di sini dipecah masuk.

Mangsa, Chong Yun Lian, 46, berkata, ketika kejadian bapanya bermalam di rumahnya di Seremban.

“Hanya bapa dan anak perempuan saya tinggal di rumah terbabit, namun pada hari kejadian bapa saya tidur di rumah saya, manakala anak saya pula pergi ke rumah rakannya.

“Tapi saya sangat terkejut kerana mendapat panggilan telefon daripada jiran yang memberitahu rumah bapa dipecah masuk pencuri,” katanya.

Menurut Yun Lian, jirannya terdengar bunyi yang meragukan di rumah bapanya kira-kira 3 pagi, sebelum menghubungi rakannya yang lain.

Kata Yun Lian, mereka kemudiannya bertindak mengendap suspek dan mendapati terdapat dua lelaki berusia lingkungan 20 sehingga 30-an memecah masuk rumahnya.

“Jiran-jiran cuba menangkap suspek dan menyerang dengan kayu, namun mereka berjaya melarikan diri.

“Setelah memeriksa di sekitar rumah, terdapat sebuah motosikal jenis Honda EX5 dan pemutar skru ditinggalkan,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");