Jenayah

Serbu Pasar Pudu, pasar borong

serbu psar pudu

KUALA LUMPUR – Aktiviti perniagaan oleh warga asing di Pasar Borong Selayang dan Pasar Pudu, awal pagi semalam terbantut apabila ‘port’ mereka diserbu oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam operasi secara bersepadu, Ops Tegas, di sini, semalam.

Ada yang cuba melarikan diri, tidak kurang juga yang meninggalkan barang peniagaan mereka begitu sahaja bagi mengelakkan diri daripada ditahan pihak berkuasa.

Namun kecekapan pihak berkuasa menyaksikan lebih 100 ditahan kerana gagal mempamerkan dokumen yang sah.

Timbalan Pengarah Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Minhad  Ahmad berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada warga Indonesia, Myanmar dan Bangladesh yang didapati menjalankan perniagaan secara tidak sah dan juga menjadi pembantu gerai tanpa pemantauan pemilik.

Menurutnya, kesemua ditahan diserahkan kepada jabatan imigresen untuk tindakan lanjut.

“Selain tangkapan 108 warga asing, sebanyak  32 gerai juga dikenakan tindakan sita di bawah Akta 3(1)  Undang-Undang Kecil Pelesenan, Penjaja dan  Gerai 1989 kerana tidak mendapat kebenaran DBKL.

“Undang-undang tersebut jelas menyatakan warganegara yang ingin menjaja perlu mendapatkan kebenaran dan gerai mereka tidak  boleh disewakan kepada warga asing.

“Warga asing yang menjalankan aktiviti penjajaan ini dipercayai menyewa gerai dengan kadar RM4,000 hingga RM6,000 sebulan daripada pemilik lesen, jadi perkara ini akan dirujuk kepada jabatan berkaitan untuk tindakan lanjut ,” katanya selepas operasi tersebut di  Bilik Gerakan Jabatan Penguatkuasaan DBKL, Jalan Tun Razak, di sini semalam.

Operasi yang bermula jam 4.30 pagi hingga 11.30 pagi itu melibatkan 120 anggota dan  pegawai DBKL, PDRM,  jabatan  imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara.

Difahamkan operasi sama akan terus dilakukan tiga kali sebulan bagi mengekang aktiviti perniagaan secara haram oleh warga asing.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");