Jenayah

Sindiket Dadah Tumpas Lagi

Sindiket dadah tumpas lagi

MUAR – Kurang dua minggu selepas kejayaan  membongkar sindiket  pengedaran dadah bernilai RM1.35 juta di sebuah hotel di daerah ini, polis sekali lagi berjaya menumpaskan kegiatan tersebut membabitkan rampasan dadah  bernilai RM52,000, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, kejayaan itu hasil serbuan jam 10.50 pagi oleh sekumpulan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar  di sebuah rumah di Kampung Parit Bulat, Parit Jawa dekat sini.

“Pemeriksaan dalam rumah itu menjumpai dadah syabu seberat 87 gram (gm), ganja (370gm)  80 biji  pil ecstacy, sepucuk pistol angin dan satu kelopak peluru berisi sebiji Ball Bearing.

“Bahan terlarang itu dijangka boleh menampung  bekalan kepada 4,200 penagih di daerah ini juga daerah berhampiran,”katanya dalam sidang media di IPD Muar, kelmarin.

Beliau berkata, dalam serbuan itu juga pihaknya menahan tiga lelaki yang sedang berehat  di rumah berkenaan berusia diantara 20 hingga 40an disyaki  menjadi dalang kegiatan tersebut.

Katanya, ekoran  penahanan tiga suspek terbabit  pihaknya menahan tujuh lagi lelaki juga berusia lingkungan 20 hingga 40an yang dipercayai cuba mendapatkan bekalan dadah daripada suspek.

“Kesemua 10  suspek  yang ditahan didapati positif dadah jenis syabu menerusi ujian saringan air kencing yang dilakukan ke atas mereka.

“Hanya seorang suspek yang  berusia 40an memiliki rekod kesalahan lampau berkaitan jenayah kekerasan,”katanya.

Azman berkata, mereka ditahan reman sehingga 4 Februari ini untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 (1) (a) akta yang sama.

Jelasnya, selain itu kes  juga akan disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960 yang boleh dipenjara tidak lebih  tujuh tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Dalam pada itu, Azman memberitahu sepanjang 1 hingga 30 Januari ini, sebanyak tiga kes di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, empat kes Seksyen 39A (2) dan 10 kes Seksyen 12(2) akta yang sama berjaya dituduh di mahkamah.

 

 

-SINAR HARIAN-

http://www.sinarharian.com.my/sindiket-dadah-tumpas-lagi-1.246469

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");