Membawang Hari Ini

Siti teruja ke Kota Singa

ct

Selepas lebih lapan tahun tidak menjayakan konsert solo di Singapura, pe­nyanyi wanita ter­kenal, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin cukup teruja untuk menghiburkan peminatnya di Kota Singa itu pada 12 April nanti.

Konsert yang akan berlangsung di Star Theatre, Singapura itu diakui Siti amat istimewa kerana ia bagi meraikan peminat setianya yang tak pernah jemu memberi sokongan selama ini.

Lebih 20 lagu termasuk medley akan didendangkannya.

Bersua Siti pada majlis pameran lukisan yang mengetengahkan wajahnya sebagai ikon pop negara di Galeri Artelier, Solaris Dutamas, Publika, Kuala Lumpur kelmarin, penyanyi itu berkata, dia mengharap­kan peminatnya sudah mula mendapatkan tiket untuk menyaksikan konsert itu.

Mengakui ada beberapa segmen istimewa akan dilakukannya, Siti berkata, beliau

akan pastikan peminatnya terhibur dan berpuas hati.

Katanya, sesi latihan untuk konsert itu juga akan dilakukan tidak lama lagi.

Bukan hanya tumpuan pada konsert, Siti juga kini dalam proses me­nyiapkan album terbarunya yang memuatkan 10 lagu baru dirakam secara solo dan duet. Bahkan, Siti juga mengakui dia teruja mahu menya­nyikan lagu ciptaan penyanyi dan komposer Faizal Tahir.

“Setakat ini, enam lagu sudah dirakam. Hanya tinggal empat lagi yang masih berbaki dan sekarang pun saya dalam penantian untuk merakamkan lagu ciptaan Faizal. Apa yang saya tahu, lagu yang diminta itu sudah pun siap.

“Lagu berentak rancak itu lebih menjurus pada pemangkin semangat dan inspirasi. Selain itu, saya juga akan bergandingan dengan penyanyi dari Indonesia, Cakra Khan untuk merakamkan lagu duet,” katanya.

Mengulas mengenai kerjasamanya dengan Cakra, beliau berkata, wakil pengurusan bintang Indonesia itu yang berbincang dengan pihaknya untuk mereka berduet bersama.

Katanya, permintaan itu dianggapnya sebagai satu penghargaan.

Kata penyanyi lagu Biarlah Rahsia itu lagi, beliau juga sebelum ini ada pengalaman menyanyi duet dengan Cakra pada persem­bahan di Anugerah Planet Muzik (APM), tahun lalu dan beliau kagum dengan vokal unik Cakra.

Menyentuh mengenai pameran lukisan istimewa itu, Siti ber­kata sebanyak 17 lukisan hasil karya pelukis tempatan dan luar negara yang mengetengahkan lakaran eksklusif dirinya dipaparkan di galeri itu dan dijual dengan harga berpatutan.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");