Berita Hari Ini

SL1M bantu 42,000 graduan

SL1M

Putrajaya: Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) berhasil membantu 42,000 graduan menganggur, mendapat pekerjaan sejak dilancarkan mulai 2011.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, berkata hingga Januari lalu, semua graduan itu mendapat pekerjaan selepas atau ketika menyertai program SL1M.

“Program disertai 40 syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta itu, memberi latihan kepada graduan yang belum mendapat pekerjaan selepas enam bulan tamat pengajian,” katanya di sini semalam.

Terdahulu, beliau mempengerusikan mesyuarat bersama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat yang menyertai SL1M yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Mesyuarat itu dihadiri wakil 40 GLC dan swasta, termasuk Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Bhd, Datuk Amrin Awaluddin dan CEO New Straits Times Press (M) Bhd, Mohammad Azlan Abdullah.

Abdul Wahid berkata, graduan negara ini perlu memantapkan kemahiran insaniah dan tahap penguasaan bahasa Inggeris bagi memudahkan mereka mendapat pekerjaan.

“Tidak salah jika SL1M dijadikan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat di negara ini kerana ia membantu membentuk modal insan yang berguna untuk masa depan negara.

“Kira-kira 100,000 lagi graduan masih menunggu peluang menyertai SL1M,” katanya.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");