Jenayah

‘Tak sabar nak ke sekolah’

tak sbar nk ke sek

Kangar: Murid Tahun Lima yang cedera ditikam akan jirannya Jumaat lalu, tidak sabar kembali ke sekolah walaupun luka di bahu kanannya belum sembuh.

Muhammad Raimi Irfan Ramli, 11, mengakui lukanya masih berdenyut, tetapi tetap bersemangat ke sekolah untuk belajar seperti biasa.

Tak kisah rasa sakit

“Saya mahu cepat ke sekolah. Saya nak belajar dan jumpa kawan. Saya gembira bila di sekolah dan berazam belajar bersungguh-sungguh.

“Memang rasa sakit lagi tapi saya tak kisah dan tak sabar nak ke sekolah,” katanya.

Terdahulu, beliau menerima kunjungan Ketua Unit Perhubungan dan Pendaftaran, Jabatan Pendidikan Perlis (JPPs), Yusuff Man, di rumahnya di Kampung Bunga Mas, Simpang Empat di sini, semalam.
Ibu Muhammad Raimi, Rosleena Abd Karim, 38, tidak menghalang anaknya kembali bersekolah tetapi khuatir jika luka dialami bertambah serius.

Pampasan insurans

“Saya memantau perkembangan Raimi dan bersengkang mata sepanjang malam kerana dia selalu mengadu sakit di bahagian ditikam,” katanya.

Yusuff berkata, pihaknya akan memohon kerjasama sekolah untuk meneliti sama ada mangsa layak mendapat pampasan insurans kerana kejadian itu berlaku di luar kawasan sekolah.

“Setiap murid dilindungi insurans menerusi peruntukan disalurkan Kerajaan Pusat kepada Jabatan Pendidikan negeri,” katanya.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari Jumaat lalu, mangsa meraung meminta pertolongan sebaik bahunya ditikam seorang lelaki yang juga jirannya.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");