Berita Hari Ini

Tambah baik sistem daftar penjawat awam

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa

Kuala Lumpur: Kerajaan negeri perlu mencari kaedah terbaik bagi menambah baik sistem pendaftaran kehadiran penjawat awam termasuk mencontohi inisiatif dilaksanakan kerajaan Melaka.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, berkata kerajaan memberi keutamaan terhadap ketepatan kehadiran penjawat awam berdasarkan waktu kerja yang ditetapkan.

“Kita minta setiap negeri mencari jalan walaupun penjawat awam sudah maklum dengan peraturan waktu kerja, terpulang kepada negeri untuk membangunkan sistem masing-masing.

“Setakat ini, tiada laporan mengenai masalah kehadiran, jika ada, kerajaan akan fikirkan jalan terbaik untuk atasi,” katanya ketika dihubungi semalam.

Sistem kesan kelewatan

Beliau diminta mengulas keputusan kerajaan Melaka yang akan melaksanakan Sistem Pengesan Kelewatan Kehadiran bagi menambah baik sistem pendaftaran kehadiran penjawat awam di negeri itu.
Sistem yang julung kali diperkenalkan itu, dibangunkan Bahagian Perkhidmatan Teknologi Maklumat Jabatan Ketua Menteri. Sistem itu yang bakal dilancarkan pada 10 Mac ini, akan dilaksanakan secara bersepadu dengan sistem imbasan cap jari.

Hantar SMS jika lewat

Ia akan menghantar laporan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada ketua jabatan jika ada penjawat awam datang lambat dan surat tindakan tatatertib akan dikeluarkan jika melakukannya tiga kali tanpa sebab.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron, dilaporkan berkata, sebagai permulaan, sistem itu akan dilaksanakan di 11 jabatan sebelum diperluaskan ke semua agensi lain.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");