Jenayah

Terpaksa tebalkan muka pinjam wang

pasSEGAMAT – Seorang suri rumah di Felda Medoi, di sini, tidak menyangka disahkan menghidap kanser payu dara sebaik sahaja melakukan pemeriksaan kesihatan di sebuah klinik desa September 2012.

Milah Sapar, 40, berkata, dia tergerak untuk melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik desa terletak di Felda berkenaan apabila menyedari terdapat benjolan asing di payudara kirinya.

“Selepas melakukan pemeriksaan kesihatan, jururawat di klinik desa tersebut mengarahkan saya supaya melakukan rawatan susulan di Hospital Daerah Segamat (HDS) dan selepas dua minggu, benjolan tersebut disahkan sebagai kanser tahap tiga.

“Saya hampir terduduk selepas dimaklumkan oleh doktor mengenai penyakit saya itu sedangkan sebelum ini, saya sihat sahaja dan tiada tanda-tanda awal saya menghidap kanser.

“Saya rasakan masa depan saya sangat gelap ketika itu,” katanya, di sini.

Milah berkata, suaminya, Abdul Halim Omar, 42, merupakan insan yang paling terkesan dengan pengesahan itu malah tidak menyangka, penyakit berkenaan dikesan pada tubuh isterinya.

Sementara itu, suaminya, Abdul Halim memberitahu dirinya mengambil masa hampir setengah tahun untuk memulihkan semangat dan keyakinan diri selepas isterinya disahkan menghidap kanser payudara tahap tiga.

“Selama setengah tahun saya seperti tidak bermaya untuk melakukan apa-apa pekerjaan kerana memikirkan nasib isteri saya. Bayangkan secara tiba-tiba kegembiraan keluarga kami direntap hanya dengan perkhabaran tersebut.

“Tetapi memikirkan nasib tiga orang anak saya yang masih bersekolah, saya kuatkan juga semangat untuk meneruskan hidup. Lagipun benda sudah terjadi dan saya perlu redha dengan ketentuan ALLAH,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");