Sukan Hari Ini

Tok Gajah Tak Mahu Kecewa Lagi

tok gajah

MENYEDARI  gelanggang lawan di Stadium Jalan Besar, Singapura menggunakan padang turf, pemain tengah Pahang, Mohd Saiful Nizam Miswan dan pemain Tok Gajah yang lain akan menggunakan peluang berlatih di padang Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Kelana Jaya sejak Rabu lalu sebaik mungkin bagi aksi pusingan kedua Piala FA 2014 berdepan Lions XII malam ini.

Menurutnya, keadaan padang juga memainkan peranan dan pemain yang mesra dipanggil Poyeng itu yakin, rakan sepasukan lain akan beraksi sehabis baik untuk memastikan Pahang dapat mara ke peringkat seterusnya.

“Kami mahu lupakan episod kekalahan sebelum ini, sekarang fokus pasukan untuk memastikan pasukan menang malam esok (ini).

“Memang kemenangan saja yang perlu dicari kerana kejayaan di sana boleh menjadi tonik dan menaikkan semangat pemain untuk perlawanan seterusnya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Pemain berusia 32 tahun itu mengakui, dia dan semua pemain kecewa dengan dua kekalahan dan terbaru tewas tipis, 0-1 di tangan Selangor pada Selasa lalu.

“Tetapi kami sudah berusaha sehabis mungkin, cuma nasib kurang menyebelahi pasukan selain dalam proses menyesuaikan diri dengan corak baharu strategi jurulatih (Ronald Smith).

“Berikan kami masa dan seterusnya dapat membuktikan kemampuan sebenar Pahang selepas ini.

“Memang sokongan peminat yang terus setia bersama Pahang juga menguatkan semangat pemain untuk memberikan yang terbaik dalam setiap perlawanan,” kata pemain kelahiran Kota Tinggi, Johor itu.

 

 

 

-SINAR HARIAN-

http://www.sinarharian.com.my/tok-gajah-tak-mahu-kecewa-lagi-1.246476

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");