Perak Hari Ini

Wanita UMNO Perak Gesa Siasatan Segera Terhadap Teresa Kok

PERAKTODAY8

Pergerakan Wanita UMNO Perak hari ini tampil membuat satu laporan polis mendesak agar siasatan segera dijalankan terhadap Teresa Kok berikutan penglibatannya secara langsung dalam pembikinan video klip kontroversi ‘Onederful’.

Naib Ketua Wanita UMNO Perak, Dr Azizah Johor, berkata video video klip ‘onederful’ yang berdurasi  11 minit 39 saat itu mempunyai unsur fitnah dan menghina pemimpin negara.

“Kita mahu mengekang individu yang terlibat agar perbuatan sebegini tidak berlaku lagi pada masa hadapan,” jelasnya.

Tambahnya, polis perlu bertindak segera mengikut perundangan yang telah termaktub.

“Jika kita biarkan tanpa sebarang tindakan tegas, pasti akan ramai  individu lain yang membuat perkara yang sama dan akhirnya akan wujud perpecahan kaum,” katanya.

Ujarnya lagi, sehingga ke hari ini, semangat perpaduan itu sentiasa diberi penekanan oleh semua pihak malah dengan kekuatan perpaduan tersebut telah menjadi satu asas utama kepada kejayaan yang dicapai negara hari ini.

“Untuk memupuk perpaduan kaum itu mengambil masa yang amat lama namun jika ingin memusnahkannya hanya sekelip mata,” tegasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sejurus membuat laporan polis di IPD Ipoh, hari ini.

Sementara itu, Azizah turut menegaskan video klip tersebut begitu jelas mengganggu sensitiviti bangsa lain dan begitu juga dengan individu lain yang menontonnya.

“Kita mahu semua rakyat rasa bertuah dan bahagia tinggal di Malaysia,” jelasnya.

Jelasnya, tindakan Teresa itu juga seolah-olah satu cubaan mengorbankan keamanan negara yang sedia ada dan merupakan satu mainan politik untuk menimbulkan kebencian kepada pemimpin negara.

“Jangan sekadar kerana politik kita  tidak menjaga sensitiviti bangsa yang pasti akhirnya akan memusnahkan apa yang kita miliki hari ini,” tambah Azizah lagi.

 

 

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");