Jenayah

4 penjenayah diperlukan untuk kawal Boeing 777

KLIA HARAPAN2By Guan Ming Daily in Taipei:-

Pengarah Pusat Pengajian Pengganas Universiti Polis Taiwan, Wang Yu Wei berpendapat kehilangan pesawat MH370 disebabkan aktiviti pengganas dan sekurang-kurangnya empat penjenayah diperlukan untuk merampas kapal terbang Boeing 777.

Katanya, penjenayah perlu diletakkan di kokpit, bahagian depan, bahagian belakang dan laluan di pesawat.

“Ia juga mungkin berlaku tentangan daripada penumpang terhadap penjenayah yang merampas pesawat, sekali gus menyebabkan kemalangan,” katanya.

Pihak Taiwan turut melaporkan pesawat Boeing 777 biasanya mempunyai tiga orang dalam kokpit iaitu juruterbang, pembantu juruterbang serta jurutera penerbangan.

“Sejak kejadian 911, peraturannya adalah ketat di mana pintu kokpit hanya boleh dibuka dari dalam.

“Laluan ke kokpit juga sempit dan hanya boleh dilalui satu orang pada satu-satu masa,” demikian lapor Guang Ming Daily yang memetik laporan media asing.

Dalam pada itu, anak kapal perlu menghubungi juruterbang untuk urusan penghantaran makanan di mana kru dalam kokpit seterusnya akan memeriksa kamera yang ada sebelum membuka pintu.

Pintu kokpit juga sangat kukuh dan tidak boleh diletupkan dengan menggunakan bom berskala kecil.

“Untuk meletupkan pintu kokpit, ia mungkin memusnahkan pesawat.”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");