Membawang Hari Ini

Abdi dibayar murah untuk Captain Philips

abdi

Wajahnya mungkin tidak sekacak pelakon Hollywood seperti Brad Pitt, Tom Cruise, Leornado DiCaprio mahupun George Clooney.

Tetapi lakonannya menerusi filem Captain Philips menunjukkan Barkhad Abdi boleh dikatakan sama hebat dengan pelakon watak utama lain. Cuma bayarannya saja yang tidak setara apabila sekadar menerima kira-kira RM212,000 selepas menjayakan filem aksi itu, yang ditayangkan tahun lalu.

Jumlah bayaran itu dilihat tidak setimpal dengan hasil kerjanya kerana watak berkenaan nyata membantu menaikkan populariti dan kelas filem terbabit apabila nama Abdi dicalonkan dalam kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik pada Oscar, tempoh hari.

Malah Abdi juga menjulang trofi kategori sama pada Anugerah BAFTA, baru-baru ini.

Abdi memberitahu CNN, urusan berkenaan dilakukan dua tahun lalu, ketika beliau tidak mempunyai pembantu atau pengurus mahupun agensi yang membolehkan pembayaran bagi wataknya dipertimbangkan dengan lebih baik. Tambahan pula, Captain Philips ialah filem pertama lakonannya.

“Saya tiada pilihan pada waktu itu,” katanya.

Bukan perkara luar biasa
Bayaran murah untuk pelakon filem blockbuster yang mengaut keuntungan berjuta-juta dolar bukan perkara luar biasa bagi pelakon yang julung kali beraksi. Selain Abdi, Pitt sendiri pernah mengalami situasi sama apabila dilaporkan menerima bayaran kira-kira RM19,000 untuk berlakon dalam Thelma and Louise pada 1991.

Berbeza dengan pelakon lain, kisah Abdi mendapat perhatian luas kerana latar belakang hidupnya yang agak menyentuh perasaan.

Pelakon dari Somalia ini meninggalkan negaranya yang musnah akibat peperangan ketika kecil. Sebagai kanak-kanak, beliau bersama keluarganya cuba menyesuaikan diri di Yaman sebelum berhijrah ke Amerika Syarikat dan menyertai komuniti Somalia di Minneapolis.

Sebelum terbabit dalam lakonan, Abdi menjadi pemandu di sebuah syarikat kereta mewah milik saudara lelakinya.

Beliau kemudian dipanggil untuk uji bakat bagi watak lanun dalam Captain Philips.

Abdi kini membuat perancangan untuk berpindah ke Los Angeles bagi meneruskan kerjaya lakonan di sana.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");