Isu Panas

Ahmad Maslan yakin BN menang

bn

Barisan Nasional (BN) mempunyai harapan menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac ini, kata Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata, keyakinan itu berdasarkan sokongan padu pengundi Melayu, Cina dan India yang semakin meningkat terhadap calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun.

Katanya, dalam program kempen beliau di DUN Kajang sejak dua minggu lalu sehingga tengah hari ini, BN merekodkan sokongan lebih 30 peratus dari kaum Cina, yang sebelum ini mengundi bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, Lee Chin Cheh.

“Kita yakin dapat kekalkan pengundi kita sebelum ini dan ditambah pula dengan sokongan lebih 30 peratus pengundi Melayu, Cina dan India. Ini meletakkan kita dalam keadaan selesa.

“Rata-rata maklum balas yang kita terima daripada mereka adalah kekecewaan. Mereka kecewa dengan peranan bekas wakil rakyat mereka (PKR) sebelum ini yang tidak buat kerja dan tidak pedulikan kebajikan serta masalah rakyat,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette.

Ahmad Maslan berkata, semua jentera BN dari komponen UMNO, MCA, MIC dan Gerakan sudah turun sejak awal lagi dan masing-masing menjalankan tugas di kawasan yang dikenal pasti kubu kuat pembangkang.

Jelas beliau, ada beberapa kubu kuat pembangkang berjaya ditembusi.

Pada PRK ini, Mei Fun bertanding satu lawan satu dengan calon pengganti PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Datuk Zaid Ibrahim yang sebelum ini menawarkan diri bertanding atas tiket Bebas telah menarik diri kerana lawannya, Datuk Anwar Ibrahim tidak layak bertanding berikutan didapati bersalah dalam kes liwat II dengan bekas pembantu peribadinya.

– MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");