Berita Hari Ini

Amaran ribut petir hingga petang ini

hujanKUALA LUMPUR – Ribut petir di kawasan perairan timur Johor, Kuching, Sarawak dan Bunguran, Indonesia dijangka berterusan sehingga lewat petang ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia di sini hari ini, keadaan
itu boleh membawa angin kencang berkelajuan sehingga 50 kilometer sejam (kmsj) dan laut bergelora dengan ombak berketinggian sehingga 5.3 meter. Ia berbahaya kepada bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Selain itu, angin kencang Timur Laut berkelajuan 40 hingga 50 kilometer kmsj dengan ombak berketinggian sehingga 3.5 meter di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Sarawak (Bintulu dan Miri), Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah (pantai barat, pedalaman dan Kudat) dijangka berterusan sehingga esok.

Keadaan cuaca itu berbahaya kepada aktiviti perkapalan di Condore, Reef North, Reef South, Layang-Layang dan Palawan.

Menurut kenyataan itu, paras air laut di kawasan pantai di Kelantan, Terengganu dan Pahang juga akan mengalami peningkatan sehingga esok.

Jabatan itu turut menyatakan sehingga esok, kawasan perairan Kedah, Pulau Pinang , Perak, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, barat Johor dan Selat Melaka mengalami ketampakan rendah disebabkan jerebu.

Keadaan itu berbahaya kepada kapal yang tidak mempunyai navigasi pelayaran.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");