Sukan Hari Ini

Anelka Tinggalkan West Brom

anelka1WEST BROMWICH: Penyerang Nicolas Anelka mengumumkan pada Sabtu beliau meninggalkan West Bromwich Albion dan menamatkan kontraknya dengan serta-merta selepas dikenakan penggantungan bermain lima perlawanan oleh Persatuan Bola Sepak England (FA).

Beliau didapati bersalah oleh FA England kerana meraikan gol jaringannya yang dianggap berbaur perkauman.
Bekas penyerang kebangsaan Perancis itu digantung daripada beraksi bulan lalu kerana melakukan tindakan kurang disenangi peminat.

Namun tindakannya itu yang dikenali sebagai “quenelle” di negaranya, dianggap sebagai anti-Semitik.

Anelka dalam Twitternya pada Sabtu berkata, beliau bercadang untuk meninggalkan kelab itu kerana tidak dapat menerima syarat ditetapkan West Brom sekiranya mahu kembali semula dalam skuad berkenaan.

“Cadangan dibuat untuk saya kembali semula ke dalam pasukan dengan syarat tertentu yang tidak boleh saya terima,” kata Anelka.

Anelka kini berada di Perancis untuk meraikan hari lahirnya yang ke-35.

– mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");