Berita Hari Ini

Anifah lakukan lawatan rasmi ke Republik Slovak

anifah

KUALA LUMPUR – Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman mengadakan lawatan rasmi dua hari ke Republik Slovak pada 9 dan 10 Mac, yang merupakan sebahagian siri lawatan beliau ke enam negara di Eropah.

Menurut kenyataan Kementerian Luar hari ini, tujuan utama siri lawatan ituialah bagi melobi sokongan terhadap pencalonan Malaysia ke kerusi tidak tetap dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi penggal 2015-2016.

Selain Republik Slovak, Anifah sebelum itu melawat Principality of Liechtenstein, Slovenia, Austria, Hungary dan Republik Czech.

Lawatan itu juga bertujuan memperkukuhkan lagi hubungan dua hala Malaysia dengan enam negara berkenaan.

Semasa lawatan itu, Anifah mengadakan mesyuarat dua hala dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Eropah Republik Slovak Miroslav Lajcak.

Pada perjumpaan itu, Republik Slovak mengumumkan sokongan terhadap pencalonan Malaysia.

“Kedua-dua Menteri Luar juga bertukar-tukar pandangan mengenai perkara berkaitan hubungan dua hala dan bersetuju untuk meningkatkan lagi kerjasama dua hala, terutama dalam bidang perdagangan, pelaburan, pendidikan, sains dan teknologi, kebudayaan, hubungan antara rakyat dan sukan.

“Isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama turut dibincangkan,” kata kenyataan itu.

Anifah turut mengambil peluang mempromosi inisiatif Malaysia berkaitan Gerakan Global ke arah Kesederhanaan (GMM).

Beliau diiringi pegawai kanan Kementerian Luar dan Duta Besar Malaysia ke Austria Datuk Selwyn.

Selepas Republic Slovak, Anifah melawat Vienna, Austria semalam (11 Mac). – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");