Membawang Hari Ini

Asfan Tetap Bergaya Walau Jual Burger

asfan

Wah…! Bukan main manja lagi si penyanyi Asfan dengan isterinya, Ain Sakinah Razali, 27.

Kata Asfan atau nama sebenarnya Norasfan Shah Shah Rudin, 30, pakaian harian penyanyi ini selalunya akan ditentukan sendiri oleh isterinya, senang dia tidak perlu berfikir panjang baju apa yang harus dipakai.

Hebat juga citarasa Ain kerana setakat ini belum pernah lagi Asfan tampil dengan imej yang selekeh. Boleh kira stail juga apa yang Ain gayakan buat suaminya yang tercinta.

Bertemu Asfan pada bazaar Femes Bazaar 1 Mac lalu, lelaki ini tampil penuh bergaya walaupun sibuk menjual burger bakar miliknya.

“Walaupun jual burger, penampilan masih lagi perlu dititikberatkan. Mujurlah saya memiliki isteri yang bijak memelih pakaian yang sesuai buat saya.

“Yang penting, jam tangan jenama Adidas, hadiah pemberian isteri tahun lepas akan saya pakai setiap masa. Sayang isteri kot!,” selorohnya.

Tambah Asfan, dia tidak pernah memilih jenama pakaian dalam membentuk imejnya. Asalkan ia sesuai dengan dirinya, pakaian tersebut akan menjadi pilihan hati.

-MSTAR

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");