Berita Hari Ini

Bahan bacaan dari jalanan

bahan bacaan

MASJID TANAH – Sebagai usaha memupuk semangat membaca di kalangan masyarakat, Kelab Melayu Muda Masjid Tanah (KMMMT) mengambil pendekatan mengadakan program buku jalanan Masjid Tanah di Taman Rekreasi Bukit Beringin, dekat sini.

Penaungnya, Datuk Ar. Ismail Othman berkata, penganjuran program itu merupakan yang pertama di negeri ini, selain ke-15 di Malaysia.

“Kita melihat konsep begini sangat berjaya dan mendapat sambutan hebat di Shah Alam, Selangor. Jadi mengapa tidak perkara yang baik ini kita contohi. Lagipun ia memberi faedah dan manfaat kepada semua peringkat umur,” katanya.

Menurutnya, program itu sudah pun berjalan tiga minggu lalu yang mana selain mempamerkan bahan bacaan untuk dipinjam, terdapat juga aktiviti sampingan seperti persembahan muzik jalanan untuk menarik masyarakat ke situ.

“Kita memilih tempat ini kerana ia mempunyai tarikan tersendiri yang mana mudah dikunjungi dan selesa bagi golongan remaja atau berkeluarga untuk beriadah.

“Pada masa sama, mereka dapat membaca bersama-sama dan berhibur,” katanya pada majlis perasmian program berkenaan di Masjid Tanah, dekat sini, semalam.

Hadir sama merasmikan program, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), Murad Husin.

Ar Ismail berkata, setakat ini terdapat lebih 600 bahan bacaan pelbagai genre sumbangan Perpustakaan Melaka, badan korporat serta orang perseoranan.

Beliau berkata, mereka yang berminat meminjam bahan bacaan di situ hanya perlu menulis nama dan pulangkan kembali pada minggu seterusnya kepada pihak pengurusan.

Sementara itu, Murad berkata, beliau berbangga kerana KMMMT menggunakan tarikan baru untuk mengajak pengunjung, di samping menambah ilmu pengetahuan bersama.
“Dahulu kawasan ini agak mati tetapi sejak program ini dijalankan kita lihat ia kembali meriah,’ katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");