Sukan Hari Ini

Barca hilang sengat

messi 1

BARCELONA terus mempamerkan aksi serba tidak menjadi apabila kali ini juara bertahan itu terus kehilangan mata setelah tewas mengejut kepada Real Valladolid dalam saingan La Liga, awal pagi semalam.

Dalam perlawanan itu, skuad The Catalan tewas 0-1 sehingga menyebabkan mereka tergelincir di tangga ketiga liga dengan mengumpul 63 mata.

Kedudukan ini merupakan yang terburuk buat Barcelona musim ini selepas kali terakhir dialaminya pada musim 2007/2008.

Meskipun Barcelona memulakan saingan musim dengan baik apabila hanya kehilangan lima mata dari 18 perlawanan sehingga membolehkan mereka unggul di tangga teratas dan meninggalkan Real Madrid dengan perbezaan lima mata, namun semuanya berubah apabila saingan memasuki pertengahan musim.

Barcelona bukan sahaja kehilangan 13 mata daripada sembilan perlawanan terakhir, malah status pendahulu liga juga berjaya dirampas Madrid.

Bagaimanapun, bagi Tata Martino, beliau tetap yakin skuad bimbingannya itu masih memiliki peluang bagi mempertahankan gelaran juara.

“Secara matematiknya kami masih memiliki peluang. Kami akan berusaha keras untuk memastikan gelaran juara kekal milik Barcelona,” kata pengendali dari Argentina itu.

Menurut Martino, kehilangan idea dan taktik mengasak lawan menjadi punca mereka kehilangan mata pada perlawanan tersebut.

“Pemain tidak memiliki idea dan taktik yang baik untuk menyerang lawan. Kami benar-benar gagal menghasilkan satu perlawanan yang menarik.

“Para pemain gagal menembusi setiap ruang yang ada, tapi harus diingat kekalahan itu tidak akan menjejaskan semangat atau perjuangan kami,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");