Jenayah

Belaian manja separuh jalan

gro ditahan

Kuala Lumpur: Enam pelanggan pusat urut yang asyik berseronok bersama pasangan masing-masing tidak sempat melarikan diri apabila premis di Jalan Kuchai Lama, di sini diserbu polis, malam kelmarin.

Serbuan yang bermula jam 9 malam itu dijayakan dua pegawai dan enam anggota Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7B) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur diketuai Asisten Superintendan Eu Kee Leong.

Difahamkan, seorang pelanggan yang ditahan dikehendaki polis berhubung kesalahan mengikut Seksyen 18(4) (a) Akta Penapisan Filem 2002.

Menurut Eu, dalam serbuan selama dua jam itu pihaknya menahan 11 wanita warga Vietnam yang dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO).

“Siasatan awal mendapati premis terbabit melakukan kesalahan membenarkan warga asing bekerja tanpa mempunyai permit kerja.

“Pihak polis turut merampas 70 kondom serta RM1,678,” katanya.

Sementara itu, pasukan sama turut melakukan lagi satu serbuan di sebuah pusat hiburan di Kepong Lama, di sini jam 12 tengah malam.

Eu berkata, dalam serbuan itu pihaknya menahan 21 wanita warga asing.
“Pusat hiburan ini mempunyai lesen yang dikeluarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Bagaimanapun, pemilik didapati melakukan kesalahan kerana menggaji pekerja warga asing tanpa permit sah,” katanya.

Beliau berkata, daripada jumlah tangkapan itu 18 adalah wanita warga Thailand, Vietnam (dua) manakala seorang lagi warga Laos.

“Seorang penjaga premis ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen kerana menggaji pekerja asing tanpa permit,” katanya.

-METRO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");