Sukan Hari Ini

Bobby, Ashfaq kian serasi

boboy

PENYERANG pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bobby Gonzales akui kian serasi dengan gandingan Ali Ashfaq di bahagian depan khususnya menjana jaringan bagi kempen Liga Premier musim ini.

Menurut Bobby, komunikasi antara mereka cukup baik dan masing-masing faham gaya permainan demi kemajuan pasukan Sang Saka Biru.

“Kami berdua ok dan saya selesa beraksi bersamanya. Saya kini sedang fokus dan tekad mahu kekalkan rentak kemenangan.

“Kami bermain sebagai satu unit dan saya sendiri berazam merobek kubu setiap pasukan dihadapi nanti,” katanya.

Dalam pada itu, Bobby memberitahu sedia menggegar lagi menjelang kunjungan ke Selayang bertemu Felda United, malam ini.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");