Jenayah

Budak 13 tahun dikhuatiri lemas

khuatiri lemas

PUNCAK ALAM – Seorang budak berusia 13 tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari basikal ke dalam sebuah tasik bersebelahan sebuah pasar raya besar, di sini kira-kira jam 4 petang, semalam.

Mangsa, Mohd Ikmal Hakim Kamal Bahrin, 13, dipercayai berbasikal bersama rakannya, Mohd Nor Fikri Emir, 13, sebelum dikatakan tergelincir lalu terjatuh ke dalam tasik ketika hujan renyai.

Mohd Nor Fikri berkata, ketika kejadian mereka dalam perjalanan pulang ke rumah, namun secara tiba-tiba rakannya itu terjatuh dari basikal sebelum tergelincir ke dalam sungai.

Menurutnya, dia sempat terjun untuk menyelamatkan rakannya itu dan mencapai tangan, namun cengkamannya terlepas.

“Saya terpaksa patah balik sebab air terlalu dalam. Saya menjerit meminta tolong kawan-kawan.

“Tak sangka jadi macam ni sebab saya dan Botak rakan sekelas dan kami berkawan baik. Saya harap dia dapat ditemui dengan segera,” katanya.

Sinar Harian difahamkan, pasukan Bomba dan Penyelamat  Bestari Jaya masih berusaha mencari mangsa di tasik berkenaan.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya, Amerhaizal Sahak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 6 petang.

“Sebuah jentera dengan 12 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian dan setakat ini mangsa masih belum ditemui.

“Operasi akan diteruskan bergantung kepada keadaan,” katanya kepada Sinar Harian.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");