Sukan Hari Ini

Chong Wei pilih berehat seketika

chong wei

Sepang: Selepas pulang dengan gelaran ketiga di Seluruh England, jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mahu berehat seketika sebelum memikirkan saingan Piala Thomas di India, Mei depan.

Ia adalah perkara terbaik buat pemain nombor satu dunia itu apa lagi dia mahu berada di tahap prestasi sebenar sebelum kejohanan berprestij berkenaan, tambahan pula dia masih bergelut dengan kecederaan buku lali kirinya.

Sekarang saya mahu berehat dan melakukan pemeriksaan mengenai kecederaan ini, kata Chong Wei sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), petang semalam. Mengenai kejohanan selepas ini biarlah saya berbincang dulu dengan BAM (Persatuan Badminton Malaysia).

Sedih nasib MH370

Mengenai Piala Thomas, Chong Wei yang berjaya menebus semula kekalahan di final Seluruh England tahun lalu kepada bintang China, Chen Long Ahad lalu berkata, sebagai seorang pemain senior, dia mahu rakan pasukannya dapat memberi komitmen sebaik mungkin.

Saya harap pemain muda dapat meningkatkan prestasi mereka. Saya memang perlukan kerjasama daripada mereka, katanya.

Sementara itu, Chong Wei turut mengharapkan kesemua penumpang dan juga krew kapal MH370 pulang dengan selamat selepas hampir lima hari gagal dikesan.
Menurutnya, dia sedih dengan insiden itu, tambahan ketua pramugara kapal terbang malang itu, Andrew Nari turut berada bersamanya ketika penerbangan ke London, 2 Mac lalu.

Dia (Nari) sangat ramah dan kami turut bergambar bersama ketika dalam penerbangan berkenaan. Saya dapat tahu mengenai tragedi itu selepas perlawanan separuh akhir, katanya.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");