Sukan Hari Ini

Cruyff, Carter sahkan kehadiran ke Kuala Lumpur

johnMAESTRO bola sepak Belanda, Johan Cruyff dan legenda ragbi All Blacks, Dan Carter adalah antara nama hebat dunia sukan yang mengesahkan kehadiran mereka ke majlis Anugerah Dunia Sukan Laureus 2014 di Kuala Lumpur, Rabu ini.

Turut akan hadir ialah dua bintang sukan terhebat Malaysia, juara skuasy dunia tujuh kali Datuk Nicol David dan pemain badminton nombor satu, Datuk Lee Chong Wei.

Anugerah Dunia Sukan Laureus ke-15 adalah majlis penghargaan perdana dalam kalendar sukan antarabangsa bagi kalendar 2013.

Pemenangnya dipilih oleh Akademi Dunia Sukan Laureus yang dianggotai sekumpulan unik 46 ahli sukan lelaki dan wanita terhebat dalam sejarah, akan diumumkan dalam satu majlis gilang-gemilang yang disiarkan ke seluruh dunia yang berlangsung di Istana Budaya.

Sementara itu, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Mohamed Nazri berkata: “Kuala Lumpur amat berbesar hati diberi keistimewaan untuk menjadi tuan rumah majlis berprestij Anugerah Dunia Sukan Laureus 2014 dan bandaraya ini tidak sabar untuk menganjurkan acara terkenal di peringkat antarabangsa dan mengalu-alukan kehadiran ramai legenda sukan ke Malaysia.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");