Membawang Hari Ini

Dafi malu dengar suara sendiri?

dafiBEKAS pelajar Akademi Fantasia, Gadaffi Ismail Sabri atau lebih dikenali dengan Dafi melangkah setapak lagi dengan menyumbangkan suaranya untuk filem animasi Super Squad.

Filem animasi dalam bentuk 3D terbitan Netcarbon Sdn Bhd dengan kerjasama Kumpulan Media Karangkraf dan Islamic Relief Malaysia itu bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Akui sangat teruja dan berbangga kerana dapat merasai pengalaman baharu menerusi dunia animasi, Dafi bagaimanapun memberitahu dia sebenarnya rasa agak malu mendengar suaranya sendiri.

“Entahlah. Saya pun tak tahu kenapa. Tapi yang pasti, saya memang malu dengar suara sendiri. Lebih-lebih lagi animasi ini, yang memerlukan saya banyak kali untuk merakam dan mendengarnya sendiri.

“Selain suara saya, suara-suara artis terkenal seperti Aaron Aziz, Diana Daniel dan Amran Ismail turut disumbangkan melalui filem ini dan ia juga salah satu aktiviti amal yang turut sama kami jayakan,” katanya yang ditemui ketika pelancaran tayangan amal khas dan mini karnival filem animasi Super Squad, baru-baru ini.

Bertujuan meraikan anak-anak yatim dan OKU di Kampus Unitar International Universiti, Kelana Jaya, pada 22 dan 23 Mac ini, Dafi berkata, dia juga berharap animasi ini mendapat sambutan peminat cilik di pawagam.

“Saya harap watak saya sebagai kapten dalam animasi ini dapat menjadi idola kepada kanak-kanak, sekali gus memberikan keceriaan dan kesan yang baik kepada mereka.

“Saya pasti dengan kualiti yang digarap dan sentuhan terbaik dari produksi ini pasti akan memberikan kejayaan luar biasa nanti,” katanya.

Animasi Super Squad yang bakal ditayangkan di pawagam bermula Mei depan, juga merupakan sebahagian program amal membantu anak yatim dan golongan OKU.

Dalam pada itu, Dafi turut memberitahu dia sudah bersedia untuk melancarkan album mini terbarunya. Mendapatkan khidmat komposer terkenal, Ajai, pelantun Salahkah Aku, ini mengakui sangat berpuas hati dengan lima lagu yang disumbangkan.

“Muzik kali ini tentunya bergenrekan pop, dan ini merupakan hadiah buat peminat semua,” katanya yang sedang membuat suntingan terakhir bagi album mini itu.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");