Membawang Hari Ini

Dazrin serik!

dazrin1“SEKARANG ini saya ambil iktibar dan pengajaran dari pengalaman lepas. Saya pun dah berulang kali minta maaf kepada semua yang terlibat,” katanya selepas dipalit kontroversi sebagai artis tidak berdisiplin.

Menurut Dazrin, dia mahu perkara itu tidak dibangkitkan lagi kerana cuba perbaiki diri agar tidak mengulangi kesalahan lalu.

“Bagilah peluang pada saya. Sudah-sudahlah bercerita lagi tentang perkara ini. Sekarang ini saya sedang memperbaikinya. Saya harap semua dapat memahami saya. Saya sedar saya buat kesalahan itu. Malah, saya juga sudah berjanji untuk tidak mengulanginya,” katanya.

Menurut Dazrin, isu tidak berdisiplin itu timbul disebabkan dia telah menerima banyak tawaran lakonan dan menyebabkannya terkejar-kejar untuk ke set penggambaran.

Malah disebabkan itu juga dia telah menyusahkan Fasha dan Along Kamaruddin (pengarah) sehingga timbul salah faham ketika menjalani penggambaran Miranda.

“Disebabkan terlalu sibuk memenuhi tawaran lain, saya jadi terlalu penat dan susah nak bangun pagi. Itulah antara punca saya lewat ke lokasi penggambaran Miranda sebelum ini.

“Saya juga tidak akan menyalahkan Fasha dalam hal ini, sebaliknya saya tetap berterima kasih kepadanya. Mungkin cara teguran itu agak keterlaluan, tapi saya ni jenis terbuka dan mudah terima jika kesalahan itu memang berpunca daripada saya,” katanya.

Akui kontroversi itu sedikit sebanyak telah menjejaskan kariernya, namun dia tetap optimis serta menganggapnya sebagai pengajaran berharga untuk meneruskan perjuangannya sebagai anak seni.

“Selepas ini saya juga akan cuba lakukan yang terbaik dan tidak akan menyusahkan orang lain. Selama isu itu timbul, tiga minggu juga saya tidak ada ‘job’, tapi saya bersyukur, kerana Along masih memberi peluang kepada saya,” klatanya yang sangat bersyukur dan mengakui hubungannya dengan Fasha juga masih baik.

Bosan jadi ‘Mat romeo’

Bermula dengan watak sampingan, siapa sangka Dazrin mula mendapat kepercayaan pengarah dan membintangi beberapa drama popular, termasuklah Cinta Pandang Kedua bersama Izara Aisyah.

Dia yang ditemui di Bucida Court, untuk tayangan akhir drama siri itu meluahkan rasa gembira dan teruja kerana lakonannya semakin diterima peminat.

“Saya merupakan pemegang Ijazah Global International Industries, bagaimanapun selepas saya pulang ke Malaysia daripada Amerika Syarikat saya berhasrat untuk lakukan perkara yang saya suka dan meminta ibu bapa saya restui apa yang saya buat.

“Alhamdulillah, mereka mendengar saya kerana mereka sudah berbangga kerana saya sudah tamatkan pengajian saya sebelum ini,” katanya yang sangat meminati dunia hiburan.

Meskipun semakin selesa dalam bidang seni, Dazrin bagaimanapun mengakui agak bosan membawakan watak ‘mat romeo’ dan berhasrat untuk mencuba watak yang lebih mencabar.

“Memang kalau boleh saya mahukan watak aksi, kerana saya ni seorang yang lasak. Namun apa boleh buat, dah rezeki saya untuk pegang watak yang romantik,” katanya yang bakal muncul dengan single terbaharu, tidak lama lagi.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");