Berita Hari Ini

Denggi: Kes meningkat 99.2 peratus di Pahang

denggi

KUANTAN – Kes demam denggi di Pahang semakin membimbangkan apabila mencatatkan sebanyak 124 kes atau 99.2 peratus bermula awal Januari hingga Ahad lepas, berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Norhizan Ismail berkata sebanyak 249 kes demam denggi dilaporkan pada tempoh itu berbanding 124 kes dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Katanya daerah Kuantan mencatatkan kes demam denggi tertinggi iaitu 141 kes, diikuti Temerloh dengan 32 kes, Jerantut (23), Maran (17), Raub (9), Bentong (7), Pekan (6), Bera (5), Lipis (4), Rompin (3) dan dua kes di Cameron Highlands.

Dr Norhizan, dalam kenyataan hari ini, berkata sebanyak empat lokaliti wabak denggi yang aktif dikesan iaitu di Kampung Razali dan Taman Mutiara Mahkota di daerah Kuantan dan Felda Kota Gelanggi dan Taman Bukit Permai di daerah Jerantut.

Menurutnya sepanjang tempoh Januari hingga 1 Mac lepas, Jabatan Kesihatan telah melakukan semburan kabus terhadap lebih 184,000 peremis dan melakukan pemeriksaan pembiakan aedes ke atas lebih 67,000 premis.

Selain itu, lebih 22,000 premis telah diletakkan abate bagi pemusnahan jentik-jentik, katanya. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");