Membawang Hari Ini

Dilema mangsa rogol

dilema mangsa rogol

The Second Coming kembalikan keseronokan menonton filem cemas, seram

Filem: The Second Coming

Arahan: Herman Yau Lakonan: Maggie Shiu Mei Kei, Kenny Wong Tak Bun, Don Li Yat Long dan Joey Leong Genre: Seram, cemas

Durasi: 85 minit
Tarikh tayangan: Mulai 13 Mac 2014

Sejak kebelakangan ini, agak jarang filem bercorak seram dan cemas yang berupaya meninggalkan kesan mendalam kepada penonton.

Namun, pengarah, Herman Yau, mampu memberikan hidangan yang tidak kurang hebat menerusi garapan terbaharu, The Second Coming, yang menemui penonton sejak minggu lalu.
Di tangan Yau, kisah dipaparkan penuh dengan teka-teki, membuatkan khalayak tidak putus asa menunggu apa kesudahan bakal menanti?

Pada masa sama, sepanjang 85 minit tayangan, ada masanya tangan penonton secara spontan menutup muka masing-masing, jika tidak menahan nafas atau berasakan dada semakin kencang berdebar dek paparan di layar lebar yang merentap keberanian diri.

The Second Coming mengisahkan mengenai Jen, lakonan Maggie Shiu Mei Kei, yang hidup di kota Hong Kong bersama suaminya, Ming (Kenny Wong Tak Bun) dan anak lelaki mereka, Sunny (Don Li Yat Long).

Kesusahan keluarga ini yang berhijrah dari China untuk membina kehidupan di kota serba mewah itu, cukup menguji diri.

Jen mencari rezeki dengan bekerja sebagai pelayan di sebuah pusat karaoke. Namun, nasibnya malang apabila beliau dirogol seorang pengunjung pusat hiburan terbabit.

Akibat insiden itu, wanita malang berkenaan mendapati dirinya hamil. Namun kerana kesusahan hidup, Ming mendesak Jen menggugurkan kandungannya. Tetapi, Jen berkeras untuk melahirkan bayi dalam kandungannya itu.

Begitupun, tidak tahan dengan desakan suami, Jen berusaha menggugurkan kandungannya sendiri. Namun, Jen akhirnya terpaksa dikejarkan ke hospital akibat perbuatannya itu.

Jen akhirnya membesarkan anak perempuannya yang diberi nama Lucy (Joey Leong). Begitupun, Ming tidak pernah sesekali menganggap Lucy sebagai anaknya dan sering menyalahkan bayi tidak berdosa itu atas apa yang berlaku.

Sementara itu, tindakan Lucy membawa pulang balang yang ditemui di sebalik sebatang pokok di hadapan rumahnya membuatkan pelbagai bayang muncul, yang menghantui dirinya.

Lucy juga kini dapat melihat benda yang tidak dapat disaksikan orang lain, selepas kejadian itu.

Menyedari anaknya diganggu makhluk halus, Jen cuba mengubatinya dengan membawanya berjumpa bomoh. tetapi, pelbagai persoalan mula timbul sehingga Jen dibayangi makhluk misteri, yang mengaku sebagai anak yang pernah digugurkan dulu.

Jen menjadi semakin takut apabila makhluk terbabit mendesak dirinya untuk mengikutnya pergi ke sebuah tempat lain.

Penuh dengan tipu helah yang berselirat teka-teki, filem ini semestinya judul yang tidak harus dilepaskan penonton.

Bukan sekadar terhibur dengan elemen seram mahupun cemas yang dipertontonkan, malah khalayak juga pasti yang terkesan dengan lakonan bintang utamanya, yang tidak syak menguatkan lagi penceritaan The Second Coming.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");