Jenayah

Dipukul sebelum dibuang ke belukar

dipukul dan dibuang ke belukar

SUNGAI PETANI – Seorang gelandangan ditemui mati dengan kecederaan di muka dan badan dipercayai dipukul di sebuah lokasi lain sebelum dicampak dalam sebuah belukar tidak jauh dari sebuah masjid dekat Padang Temusu, Sungai Pasir.

Mangsa dikenali K Shamugam, 33, dipercayai tidak mempunyai sebarang pekerjaan selain sering ditemui berlegar di sekitar pekan Sungai Petani.

Berdasarkan maklumat, mangsa dipercayai seorang insan kerdil dan tidak sempurna akal di mana mayatnya ditemui orang awam yang melalui kawasan tersebut kira-kira jam 8.30 pagi semalam.

Tinjauan Sinar Harian ke lokasi kejadian mendapati orang ramai mula memenuhi lokasi kejadian di mana mayat mangsa ditemui terbaring di tepi belukar tersebut sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas berikutan ramai pengguna motosikal dan kereta memperlahankan kenderaan.

Dalam perkembangan sama di lokasi berbeza, penduduk di Taman Kempas, Sungai Petani gempar apabila tindakan sepasukan polis yang mengunjungi taman permainan dekat perumahan tersebut bertindak memasang pita tanda larangan.

Dipercayai tindakan berkenaan mempunyai kaitan dengan kematian mangsa yang dipercayai dipukul di kawasan taman permainan tersebut sebelum dicampak ke kawasan belukar di Padang Temusu kira-kira jaraknya satu kilometer.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Khalil Arifin berkata, siasatan berhubung kes itu masih dijalankan.

Menurutnya, polis akan menyiasat sekiranya mangsa dibunuh di lokasi lain sebelum dibuang ke lokasi yang ditemui.

Turut kelihatan, anggota Forensik Polis yang menjalankan siasatan berhubung kejadian.

“Kita berharap, tiada sebarang spekulasi dibuat berhubung kejadian, biarlah polis menjalankan siasatan terlebih dahulu,” katanya.

Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani untuk dibedah siasat.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");