Jenayah

Dua rakan jadi mangsa langgar lari

langgar lari

KULIM – Seorang pembonceng motosikal berusia 20-an cedera di bahagian kepala dan badan apabila motosikal jenis Honda EX5 ditunggang bersama rakannya dirempuh dari arah belakang oleh sebuah kereta berhampiran lampu isyarat Jalan Kilang Lama, kira-kira jam 12.30 pagi.

Mangsa dipercayai dalam perjalanan dari pekan Kulim menuju ke Jalan Kilang Lama tercampak ke pembahagi jalan manakala rakannya tercampak di tengah jalan.

Namun, kereta terlibat dalam kemalangan itu memecut kenderaannya ke arah jalan Simpang Tiga Keladi.

Rakan mangsa yang menunggang motosikal bangun dan mengejar, bagaimanapun suspek berjaya melarikan diri.

Mangsa kemudiannya menerima rawatan oleh anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang dalam perjalanan balik ke rumah sebelum dibantu ambulans JPAM.

Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Kulim untuk menerima rawatan kecemasan.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");