Membawang Hari Ini

Emosi Dina

dina 1

Lama terperap, rupa-rupanya sebuah lagu istimewa sudah dicipta untuk didendangkan kepada lelaki yang bakal menjadi teman hidup.

Bagaimanapun, benarlah soal jodoh itu ra hsia Allah dan sebagai manusia, kita hanya mampu merancang. Jika disi ngkap kisah enam tahun lalu, andai semuanya seperti dirancang, penyanyi bersuara merdu, Dina Nadzir mu ngkin sudah ba hagia menjadi isteri dan ibu.

“Semuanya sudah menjadi sejarah. Dina sudah menerimanya sebagai takdir dan pasti ada rahmat di sebalik apa yang berlaku.

“Kami berkawan lima tahun, tapi akhirnya kami berpisah. Lagu khas itu sepatutnya menjadi kejutan untuk dia pada hari perkahwinan kami. Sayangnya, jodoh kami tak panjang” ceritanya tenang ketika ditemui HIP, baru-baru ini.

Tambah Dina atau nama sebenarnya, Faradina Mohd Nadzir, 29, lagu berjudul Demi Kasih dicipta komposer tersohor, Johan Nawawi, manakala lirik hasil garapan Habsah Hassan.

Nilai sentimental

Dina berkata, lagu itu bakal diabadikan dalam album terbaharu yang dija ngka menemui peminat, selewat-lewatnya akhir tahun ini.
“Dina memang mahu masukkan Demi Kasih dalam album ini. Selain sukakan lagu ini, ia menyimpan nilai…

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");