Jenayah

‘False alarm’ objek oren dalam operasi mencari dan menyelamat

tragedi mas_4Operasi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak awal pagi semalam diteruskan dan dijalankan dengan sangat teliti.

Sehinggakan sebuah objek berwarna oren yang terapung-apung di atas laut dalam kawasan operasi pun berjaya dikesan oleh pasukan pencari dan penyelamat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang menggunakan pesawat Bombardier.

Makumat tersebut kemudiannya segera disampaikan kepada pasukan SAR yang menggunakan kapal.

Namun sebaik kapal APMM menghampiri dan mengambil kanvas tersebut, mereka mendapati ia hanyalah sehelai kanvas biasa dan bukannya jaket keselamatan yang mungkin digunakan dalam penerbangan MH370 yang boleh di petunjuk baharu kepada operasi tersebut.

Pengarah Cawangan Operasi, APMM, Kapten Maritim Hamid Mohd. Amin berkata, operasi yang dijalankan sehingga tengah malam tadi kini diteruskan malah diperluaskan.

Pasukan-pasukan SAR sama ada di laut mahupun di udara mengambil kira segala perkara atau material yang mungkin boleh menjadi petunjuk kepada operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370.

“Kami gerakkan seluruh kekuatan untuk operasi ini dan ia dilakukan dengan sangat teliti sehinggakan sekeping kanvas berwarna oren pun berjaya dikesan oleh helikopter dan maklumat tersebut segera disampaikan kepada pasukan kapal laut supaya segera menghampiri objek tersebut.

“Manalah tau, kalau-kalau ia adalah jaket keselamatan yang dipakai penumpang MH370.

“Walaupun ia adalah “false alarm” kerana objek tersebut hanyalah kanvas biasa namun kita tidak pernah mengambil mudah apa sahaja petunjuk yang ditemui. Semuanya dilakukan dengan bersungguh-sungguh.

“Pada hari ini pula, operasi SAR diperluas dan akan diteruskan,” katanya ketika ditemubual dalam rancangan Malaysia Hari Ini Khas MH370 di TV3 hari ini.

Tambah beliau, keadaan cuaca yang baik sejak semalam dijangka memudahkan operasi.

– MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");