Perak Hari Ini

Filem Zombi Kilang Biskut Bakal Gegarkan Panggung 20 Mac ini

PERAKTODAY3

Rentetan daripada filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, pengarah kelahiran Perak, Mamat Khalid kini tampil dengan karya terbarunya ‘Zombi Kilang Biskut’ yang bakal menjengah panggung di seluruh negara pada tanggal 20 Mac nanti.

Filem terbitan Enjit Semut Sdn Bhd itu menampilkan pelakon hebat seperti Awie, Usop Wilca dan penampilan muka baru antaranya Adam AF, Eina Azman dan Syuk SYJ.

Selaku pengarah, Mamat berkata, pemilihan tayangan prebiu filem di TGV Aeon Station 18, dekat Ipoh malam tadi sempena ekspo Pelancongan Perak merupakan satu penghargaan, sekaligus mmenjadi landasan terbaik untuknya mempromosikan filem berkenaan.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Nolee Ashilin Radzi.

Mengulas lanjut, Mamat berkata, beliau juga sudah merancang trilogi cerita zombi dan sambungan ‘autonitum’ yang bakal menjadi penutup kepada kisah zombi yang digarapnya sebelum ini.

“Saya akan menampilkan muka-muka baru supaya karya itu sentiasa kelihatan segar dan mempunyai kelainan idea yang tersendiri.

PERAKTODAY4

“Kehadiran Wahab B antara penampilan baru bagi filem ini, manakala Syuk SYJ bukanlah satu nama baru lagi tetapi saya menonjolkan wataknya kali kerana jenakanya yang remaja dan segar,” katanya.

Katanya lagi, pemilihan watak-watak tersebut tidak berniat untuk meminggirkan pelakon lama kerana watak-watak terdahulu sejak Filem Zombi Kampung Pisang masih lagi dikekalkan dalam karyanya.

Penuh dengan elemen hiburan serta satira dalam menyampaikan karyanya, ternyata filem ini mampu memberikan kepuasan kepada anda yang menontonnya nanti.

Filem ini menjalani peng­gambaran di sekitar Kuala Kangsar, Perak dengan membabitkan kos sebanyak RM1.7 juta.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");