Berita Hari Ini

Gelaran dari luar tidak diterima

shahidan kassim

KUALA LUMPUR – Darjah kebesaran atau pingat dianugerah Yang di-Pertuan Agong, Sultan dan Yang Dipertua Negeri sahaja diiktiraf di negara ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.

Beliau berkata, mana-mana gelaran yang diterima di luar negara atau di dalam negara tanpa pengiktirafan ketiga-tiga pihak berkenaan adalah tidak diiktiraf.

“Pada masa sekarang, belum ada undang-undang yang mengikat mereka (penerima) yang mendapat gelaran luar daripada yang ditentukan oleh Agong, Raja dan Yang Dipertua Negeri.

“Buat masa ini penerima mungkin tidak tahu mereka tidak boleh menerima (anugerah) dari luar Malaysia, kedua, mungkin mereka tahu (tapi) sebab ada perjanjian tertentu, maka mereka menerima anugerah tersebut.

“Tetapi semua anugerah ini tidak dapat diiktiraf,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Othman Aziz (BN-Jerlun) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Othman ingin tahu status individu yang menerima anugerah dari negara luar dan mengiktiraf diri mereka setaraf penerima Datuk dan Datuk Seri di negara ini.

Jelas Shahidan kerajaan turut merancang untuk menggubal satu undang-undang khas bagi memastikan rakyat menerima anugerah yang diiktiraf sahaja.

Terdahulu ketika menjawab soalan Nga Kor Ming (DAP-Taiping), katanya sehingga kini, jumlah penerima darjah kebesaran persekutuan yang membawa gelaran Tun, Tan Sri dan Datuk, termasuk yang telah meninggal dunia adalah sebanyak 2,049 orang.  – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");