Membawang Hari Ini

Helikopter Beyonce ganggu penduduk

beyonce

PIHAK berkuasa tempatan Hampshire, England melakukan siasatan selepas menerima aduan mengenai bunyi bising helikopter yang dinaiki penyanyi Beyonce.

Pelantun lagu Say My Name itu dikatakan selalunya tinggal di sebuah kawasan kediaman mewah Burley di Hampshire apabila ingin membuat lawatan ke Britain.

Bagi tujuan itu, Beyonce dikatakan menggunakan helikopter untuk berulang-alik dari kawasan elit itu ke pusat bandar.

Tindakan itu menimbulkan rasa kurang senang penduduk sekitar apabila mendakwa helikopter tersebut menyebabkan gangguan bunyi.

“Bunyi bising selalu terjadi pada lewat malam. Ia kedengaran seperti helikopter itu terbang rendah. Dia (Beyonce tinggal di situ (kawasan elit).

“Sudah pasti setiap malam dia akan keluar dan masuk ke situ untuk siri jelajahnya,” ujar salah seorang penduduk tempatan Helen Carlile kepada akhbar The Independent.

Ekoran daripada itu, pihak berkuasa tempatan sedang menyiasat sama ada pemilik hartanah itu, Noam Gottersman memiliki kebenaran atau tidak untuk mewujudkan pad mendarat di kawasan itu.

– KOSMO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");