Membawang Hari Ini

Hip Global: Ariana Grande bakal rampas takhta Carey

ariana grande

Penghujung tahun lalu, ramai peminat dan pemerhati dunia muzik antarabangsa mula mengaitkan dua bintang iaitu Ariana Grande dan Mariah Carey.

Bahkan, tidak kurang pihak yang mula beranggapan Grande bakal menjadi Carey yang baharu, dek kehebatan vokal kedua-dua penyanyi ini.

Biarpun pada mulanya ia dilihat sebagai pandangan tidak berasas, apatah lagi Carey sendiri sudah dianggap sebagai penyanyi legenda, namun apabila diamati, Grande sememangnya memiliki ciri vokalis hebat seperti bintang Glitter itu.

Persembahan terbaik

Album perdana Grande, Yours Truly, umpamanya dianggap sebagai hasil karya R&B yang bagus, manakala dirinya sendiri mampu memberikan persembahan secara langsung yang mengagumkan penonton.

Carey sendiri baru-baru ini pernah ditanya pandangannya mengenai Grande. Biarpun beliau tidak mengiyakan persamaan itu, namun penyanyi My All ini tetap mendoakan yang terbaik buat artis baharu seperti Grande.

Pada masa sama, wujud gosip mengatakan Carey cuba memperkecilkan bakat Grande, namun yang pasti, penyanyi yang juga ibu kepada dua cahaya mata itu mendakwa dirinya tidak mempunyai banyak masa untuk mendengar muzik baharu.
Carey turut berkata, beliau belum pernah mendengar lagu nyanyian Beyonce, Drunk in Love.

Artis berbakat

Jika betul dakwaan Carey itu, tentunya beliau kerugian sesuatu kerana Grande sememangnya artis berbakat yang dianggap layak untuk merampas takhtanya. Beberapa vokalis wanita cuba untuk menyanyi dengan nada setinggi Carey, namun nampaknya hanya Grande yang berjaya melakukan perkara itu dengan bergaya, malah mampu menarik perhatian peminat.

Kejayaan Carey usahlah diragui lagi, namun sejak kebelakangan ini kemampuannya menyanyi secara langsung dipertikaikan peminat. Malah, beliau juga tidak menghasilkan produk yang dikatakan relevan sejak The Emancipation of Mimi pada 2005. Grande pula, walaupun masih baharu, bagai mewakili aura bakat terkini yang memiliki ciri penyanyi hebat seperti Carey. Apatah lagi beliau muncul dengan pakej yang baik, masih muda dan bijak menggunakan media sosial untuk meraih sokongan peminat.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");