Jenayah

Hishammudin minta keluarga penumpang tidak dengar spekulasi

hishamuddinKUALA LUMPUR – Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein meminta keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines (Mas) yang dilapor hilang agar bertenang dan menunggu berita sahih daripada pihak berkuasa.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan, berkata pihak berkuasa sedang melakukan semua yang terdaya bagi mengesan pesawat itu dengan menggerakkan semua agensi berkaitan termasuk Tentera Udara Diraja Malaysia.

“Dalam masa sama jangan buat spekulasi,” katanya menerusi laman Twitter, hari ini.

Hishammuddin dijangka mengadakan sidang media berhubung kejadian pada jam 1 petang ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS Ahmad Jauhari Yahya mengesahkan penerbangan MH730 Kuala Lumpur-Beijing yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang di antara ruang angkasa Malaysia dan Vietnam, di Laut China Selatan pada 2.40 pagi tadi.

Pesawat B777-200 itu berlepas dari Kuala Lumpur pada 21.41 pagi dan dijadual mendarat di Beijing pada 6.30 pagi. Pesawat dilapor terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pagi. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");