Jenayah

Hotel bajet transit edar dadah

gari 1

Kuantan: Polis menahan seorang lelaki dipercayai pengedar dadah, yang menjadikan hotel bajet di sini, sebagai transit untuk membungkus dadah sebelum mengedarkannya di sekitar daerah ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri, Superintendan Yap Thoon Khuan, berkata suspek berusia 55 tahun itu ditahan di sebuah inap desa di sini, jam 9.30 malam, Khamis lalu, oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Cawangan Risikan JSJN.

Katanya, ketika ditahan, suspek sedang berjalan seorang diri dan membawa satu bungkusan kertas surat khabar.

Suspek dikehendaki, ada 16 rekod jenayah

“Hasil pemeriksaan mendapati, bungkusan itu mengandungi lapan paket plastik lut sinar berisi serbuk dan ketulan hijau dipercayai dadah jenis heroin.

Thoon Khuan berkata, suspek berasal dari Johor Bahru, Johor, itu sudah lama menetap di Pekan dan menjadikan daerah itu dan Kuantan sebagai lokasi urus niaga.

Katanya, hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methampithamine dan mempunyai 16 rekod jenayah lampau, termasuk dikehendaki polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.
“Nilai rampasan dianggarkan RM17,500 (heroin) dan RM1,000 (syabu). Suspek ditahan reman di lokap Balai Polis Kuantan selama dua minggu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 15(1)(a) serta Seksyen 39A (1) dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");