Berita Hari Ini

Jabatan Meteorologi bantu operasi SAR MH370

tragedi mas_4TAWAU – Jabatan Meteorologi Malaysia secara berterusan memberi maklumat kepada pasukan mencari pesawat MH370 yang hilang sejak Sabtu lepas, mengenai keadaan cuaca semasa.

Ketua Pengarahnya Datuk Che Gayah Ismail berkata adalah menjadi tanggungjawab jabatan itu untuk memberi maklumat mengenai ramalan cuaca seperti keadaan angin dan laut bagi membantu pasukan mencari.

“Bantuan maklumat yang diberi adalah mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang betul,” katanya kepada pemberita selepas program Pelancaran Kempen Kesedaran Awam Mengenai Gempa Bumi, Tsunami Dan Cuaca Ekstrem, serta Pelancaran Talian 1MET, di sini hari ini.

Sementara itu, Menteri Sains Teknologi Dan Inovasi Datuk Dr Ewon Ebin yang turut hadir merasmikan program itu berkata kempen itu bertujuan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat di negara ini khususnya di daerah ini mengenai bencana alam dan tindakan yang perlu dilakukan semasa menghadapi situasi bencana berkenaan.

“Program ini juga dapat mendidik masyarakat khususnya komuniti di kawasan berisiko diancam bahaya gempa bumi dan tsunami serta pemahaman risiko dan keupayaan bertindak wajar dalam ruang masa yang mencukupi,” katanya.

Dalam pada itu, Ewin berkata pihaknya bercadang menambah Sistem Amaran Awal Tsunami National Malaysia (SAATNM) di Sabah pada tahun ini.

Katanya penambahan itu melibatkan perluasan enam rangkaian stesen seismik termasuk di Kota Belud, Ranau dan siren tsunami sebanyak sembilan antaranya di Semporna, Ranau dan Tambunan.

“Rangkaian sistem seismik perlu diperluaskan di negeri ini bagi mempertingkatkan keupayaan pengesanan kejadian gempa bumi dan ancaman tsunami.

Pada tahun lepas sebanyak 37 kejadian gempa bumi tempatan direkodkan, lima daripadanya gempa bumi yang dirasai penduduk tempatan,” katanya.

Jabatan Meteorologi membangunkan SAATNM pada tahun 2005 yang berupaya mengeluarkan amaran awal Tsunami secara efektif kepada penduduk di kawasan pantai.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");