Berita Hari Ini

Jangan terpedaya nikah di Siam

KOTA BHARU – Pasangan yang menggunakan khidmat sindiket untuk bernikah di Thailand hanya membazir tenaga dan wang, malah akan menghadapi pelbagai kesukaran apabila pulang ke negara asal.

Ketua Hakim Syarie negeri, Datuk Daud Muhammad berkata, pihaknya turut mengesan kebanyakan pasangan yang berkahwin di negara jiran tidak diakui pihak berkuasa agama negeri di negara ini.

“Ramai yang terpedaya dengan sindiket untuk nikah di Thailand, perbuatan tersebut hanya sia-sia, malah status sindiket turut diragui.

“Ada juga nikah di negeri ini tetapi surat nikah dikeluarkan di Thailand dan ia sangat meragukan serta boleh dianggap sebagai tidak sah,” katanya kepada media ketika merasmikan Program Jelajah Informasi Mesra Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia 2014 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kadok, semalam.

Daud berkata, orang ramai mudah terpengaruh dengan nikah Siam kerana dikatakan lebih mudah, walhal ia memerlukan kos tinggi, malah status mereka perlu didaftarkan semula di negeri ini.

“Fikir panjang dahulu sebelum nikah di sana, sebab apabila balik ke sini semula kena daftar, namun sebelum itu mahkamah akan dengar dahulu sebab banyak sangat pernikahan yang tidak sah berlaku,” katanya.

Menurutnya, pernikahan di luar negara yang tidak didaftarkan kepada pihak berkuasa agama negeri akan memberikan masalah kepada isteri dan anak yang bakal dilahirkan.

“Tidak perlu sembunyi pasal pernikahan tersebut daripada isteri pertama kerana lambat laun ia akan terbongkar juga apabila suami mendaftarkan semula perkahwinan di negara ini.

“Oleh itu, saya nasihatkan pasangan yang mahu berkahwin supaya rujuk pihak berkuasa agama kerana mereka ada prosedur bagi memudahkan lagi proses tersebut,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");