Perak Hari Ini

JKR Perak Iktiraf 116 Pekerja Cemerlang

PERAKTODAY1

Majlis Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak hari ini telah mengiktiraf 116 orang pegawainya atas prestasi dan kecemerlangan perkhidmatan bagi tahun 2013.

Anugerah tersebut telah diberikan kepada pegawai terpilih yang mewakili 8 peratus daripada jumlah kakitangannya di setiap daerah negeri Perak.

Majlis telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastuktur, Tenaga dan Air negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharudin.

Menurut beliau, pengiktirafan sebegini mampu meningkatkan inovasi dan kreativiti para pekerja JKR dan secara langsung menangkis semua dakwaan kelewatan projek di bawah kelolaan jabatan tersebut.

“Hasil pembaharuan yang dilakukan serta tindakan cekap daripada pihak JKR yang berjaya melaksanakan pelbagai projek di bawah kelolaannya telah mendahului jadual tempoh masa yang sedia ada,” katanya.

Jelas Zainol Fadzi lagi, penggunaan teknologi baru seperti produk ultra high performance ductile concrete (UHPDC) atau struktur konkrit steel fiber pada projek pembinaan rasuk jambatan Batu 6 Gerik merupakan usaha terkini jabatan JKR Perak mempertingkatkan kualiti pembinaannya.

“Sebelum ini, kita menggunakan konkrit biasa yang secara umumnya setiap 60 meter bagi sesebuah jambatan memerlukan satu tiang bagi menampungnya namun dengan teknologi ini pembinaan 100 meter panjang jambatan tersebut tidak lagi memerlukan rasuk tiang seumpama ini dan ianya adalah yang pertama di Malaysia,” katanya.

PERAKTODAY

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media sejurus menyampaikan anugerah perkhidmatan cemerlang JKR Perak di Ipoh, hari ini.

Ujarnya lagi, penggunaan bahan terkini dalam setiap projek kelolaan JKR Perak mampu mengangkat imej jabatan tersebut dan memendekkan tempoh masa bagi proses pembangunan yang dijalankan.

“Jambatan yang sepanjang 100 meter bakal dibina tanpa rasuk tiang yang merentasinya menggunakan teknologi ultra struktur konkrit steel fibre yang boleh mencapai ketahanan 30 kali lebih kukuh berbanding penggunaan teknologi terdahulu,” katanya.

Kata Zainol Fadzi lagi,  tempoh jangka hayat sesebuah jambatan yang mempu bertahan selama 60 tahun kini mampu bertahan sehingga 120 tahun apabila teknologi baharu tersebut diaplikasikan kelak.

Jambatan yang menghubungkan Batu 6 ke Bendang Riang Gerik tersebut bakal menelan kos sebanyak RM6.3 juta yang dijangka siap Disember tahun ini.

“Di Malaysia struktur jambatan sebegini belum lagi ada lagi dan pembinaan seumpamanya merupakan jambatan yang pertama di Malaysia,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");