Membawang Hari Ini

Jodoh Berdua ‘mesra radio’

hafiz hamidun 2

Biarpun dua album Zikir Terapi Diri dihasilkannya berjaya menarik perhatian masyarakat, namun Hafiz Hamidun, 29, tidak pernah kenal erti jemu untuk berusaha mendapatkan single yang mampu ‘mesra radio’ dan terus melonjakkan namanya.

Bekerjasama dengan Azlan Abu Hassan sebagai pencipta lagu, Hafiz yang menulis lirik untuk single istimewanya, Jodoh Berdua yang dilancarkan pada penghujung Januari lalu, kini nyata sudah boleh tersenyum puas.

Single yang dihasil untuk meraikan hari bahagia sekiranya bertemu jodoh itu, nampaknya diterima baik peminat dan kini sering berkumandang di stesen radio tempatan selain turut tersenarai dalam carta lagu popular.

Bersua Hafiz pada majlis sidang media Konsert Mikraj Cinta yang akan berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Johor pada 29 Mei ini, kelmarin, anak muda berkaliber ini mengakui dia hanya mampu memanjatkan syukur.

“Saya tak sangka single Jodoh Berdua dihasilkan memang benar-benar berjaya menjadi lagu yang mesra radio seperti diharapkan. Apatah lagi, ia lagu istimewa yang saya impikan untuk dihadiah kepada bakal isteri.

“Meskipun jodoh yang saya harapkan masih belum ditemui, namun penerimaan baik peminat dan pendengar muzik tempatan pada lagu Jodoh Berdua amat dihargai. Saya amat bersyukur kerana usaha dilakukan berbaloi,” katanya.

Hafiz yang dalam persediaan mempersiapkan diri untuk ke Makkah mengerjakan umrah berkata, dia juga sibuk menyiapkan album terbaru Zikir Terapi Diri 3 yang dijangka berada di pasaran sekitar Mei nanti.

“Seingat saya masih ada baki dua lagi lagu untuk dirakamkan sebelum berangkat ke Makkah. Jadi, memang jadual saya agak sibuk. Apapun, saya akan tetap habiskan segala urusan sebelum menumpukan pada ibadah pula.

“Bagaimanapun, saya memang sudah teruja untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Banyak yang mahu saya doakan dan yang pasti saya amat bersyukur dengan segala kurniaan Ilahi diperoleh kini. Semoga rezeki diberi terus berpanjangan,” katanya.

Tetap ligat mengatur perniagaan, Hafiz juga memaklumkan dia akan muncul dengan buku terbaru yang akan berada di pasaran tidak lama lagi. Katanya buku itu dihasilkan ilham daripada apa saja status positif dimuatkan dalam laman sosialnya.

“Saya memang aktif memuat naik status dan gambar dalam laman sosial. Saya juga bersyukur kerana pengikut laman sosial Facebook (FB) saya sendiri pun sudah mencecah satu juta orang.

“Begitu juga, saya turut mempunyai ramai pengikut di Instagram dan Twitter. Jadi, dalam buku dihasilkan itu akan diabadikan status-status yang pernah saya muat naik dan ia mendapat komen yang banyak,” katanya.

-METRO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");