Jenayah

Juruterbang MAS dapat latihan komprehensif

mas 3

KUALA LUMPUR: Semua juruterbang MAS mendapat latihan komprehensif bertaraf antarabangsa dan ia termasuk latihan menghadapi keadaan kecemasan, kata bekas Pengarah Urusan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS), Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman.

Beliau berkata, manual pembelajaran atau latihan yang diberi adalah sama seperti latihan yang diperoleh juruterbang di negara lain dan bagi setiap jenis kapal terbang, ia mempunyai latihannya yang tersendiri mengikut perbezaan jenis kapal terbang itu.

“Malah segala urusan berkenaan penerbangan iaitu kapal terbang, pekerja dalam kapal itu, jurutera, juruterbang, pegawai-pegawai yang mengurus lapangan terbang serta bentuk lapangan terbang itu dikawal oleh undang-undang antarabangsa,” katanya mengulas kehilangan pesawat MH370 kepunyaan MAS.

Pesawat MAS MH370 yang membawa 227 penumpang (termasuk dua bayi) dan 12 anak kapal dari Kuala Lumpur ke Beijing dilaporkan terputus hubungan pada pagi Sabtu lalu, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL di Sepang. Ia dijadual mendarat di Beijing pada 6.30 pagi itu.

Sementara itu, Abdul Aziz berkata peratusan untuk kebarangkalian insiden jenayah yang sama berlaku pada kapal terbang MAS seperti pada 1977 adalah amat rendah berikutan penambahbaikan dan pembaharuan dibuat pihak berkuasa bagi memastikan tahap keselamatan di lapangan terbang diperketat.

“Kini lapangan terbang kita dilengkapi dengan peralatan keselamatan yang canggih dan diawasi pegawai-pegawai keselamatan yang ramai dan ia amat berbeza berbanding situasi yang berlaku pada 1977,” katanya.

Pada Disember 1977, sebuah pesawat Boeing 737 milik MAS yang dipercayai dirampas, terhempas di Tanjung Kupang, Johor, menyebabkan semua 100 penumpang dan anak kapal terbunuh.
– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");