Isu Panas

Kalau menang PRK, Anwar nak ubah mata wang?

anwar ibrahimOleh KADIR JASIN:-

ADA pembahas menuduh atau mengandaikan yang saya masih simpati terhadap (Datuk Seri) Anwar Ibrahim.

Macam inilah, saya tidak berkawan dengan semua orang dan rasa-rasanya tidak bermusuh dengan sesiapa.

Saya juga tidak taksub kepada perwatakan. Hatta dengan ayah saya pun, ketika hayatnya, ada perkara yang saya tidak bersetuju dengannya. Kami sering berbahas. Sampai penghujung usianya dia masih menegur dan menasihati saya.

Atas landasan itulah saya meletakkan perkenalan (acquaintance) saya dengan mana-mana jua orang politik.

Saya tidak akan menafikan yang saya pernah akrab dengan Anwar – selama 16 tahun dari 1982 hingga 1998 – iaitu tempoh beliau dalam Umno dan kerajaan.

Soalnya, waktu itu siapakah yang tidak rapat dengan beliau? Hanya parti-parti pembangkang yang hari ini beliau “pimpin” secara de facto. Mendahului orang paling rapat dengan Anwar ialah (Tun) Dr Mahathir Mohamad.

Anwar Nak Ubah Kadar Mata Wang?

Hari ini saya terkejut membaca laporan media atas talian yang memetik Anwar sebagai berkata jika beliau menang PRK Dun Kajang, beliau akan isytiharkan RM1 bersamaan ASD1. (Baca di sini).

Kalau ini bukan hasil salah lapor atau salah mengerti oleh media massa maka ia adalah satu lagi contoh khayalan, lepas cakap dan “outrageousness” Anwar. Itulah juga kelemahan yang akhirnya memerangkap diri sendiri.

Anwar aka Saudara Anwar mirip berhujah tanpa berfikir secara mendalam dan kritis asalkan pada fikirannya ada orang yang percaya.

Tentulah di kalangan audiens Dialog Anak Muda di Seremban pada hujung minggu itu yang percaya cakap beliau. Saya pun percaya. Kalau sekadar nak tukar RM1 atau ASD1 bolehlah. Saya beri RM1 dan Anwar berikan saya ASD1, memang boleh. Saya pun setuju sebab buat untung besar. Pada kadar tukaran 1:1 itu, saya dapat untung RM2.30.

Tapi hendak ubah kadar tukaran mata wang adalah mustahil KECUALI, entah macam mana, selepas menang PRK Kajang, Anwar bukan menjadi Menteri Besar Selangor tetapi menjadi Perdana Menteri dan beliau boleh menggunakan rizab mata wang Bank Negara atau membeli bertimbun-timbun jongkong emas untuk menyokong nilai RM.

Tapi bila beliau membeli jongkong emas, beliau terpaksa bayar dengan dolar AS. Ini bermakna beliau kena tukar RM kepada dolar. Bila jual RM untuk beli dolar, nilai RM akan jatuh.

Kita boleh naikkan nilai RM dengan cara itu, tapi eksport kita akan menjadi lebih mahal dan pengangguran di kalangan pekerja pengeluaran akan meningkat.

Lagipun, beliau kenalah buat apa yang Dr Mahathir buat pada tahun 1998 ketika krisis kewangan Asia. Dr Mahathir melaksanakan kawalan terhad tukaran ringgit dengan menetapkan kadar tukaran ringgit RM3.80 bagi setiap dolar AS. Masa itu kadar tukaran RM naik hingga RM4.20 bagi setiap dolar AS.

Yang kita tahu, Anwar, sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, membantah keras tindakan Dr Mahathir itu. Beliau sependapat dengan Tahung Mata Wang Antarabangsa (IMF) bahawa langkah Dr Mahathir itu akan menjadikan Malaysia muflis.

Waktu itu Anwar amat akrab dengan Pengarah Urusan IMF, Michel Camdessus, dan dasar serta pemikiran kewangan beliau dipengaruhi oleh peniaga mata wang Wall Street.

Malah dalam ucapan kepada Council on Foreign Relations (sebuah badan pemikir tajaan sektor swasta AS) di New York pada bulan September 1998, Anwar “mengalu-alukan” krisis mata wang Asia sebagai “creative destruction” (pemusnahan kreatif) dengan meminjam teori ahli ekonomi AS, Josept Schumpeter.

Saya hadir majlis itu dan duduk semeja dengan beberapa orang eksekutif muda perbankan Wall Street. Mereka ternganga kagum mendengar ucapan beliau dan meminta saya memperkenalkan mereka kepadanya. Selepas ucapan, saya perkenalkan mereka kepada Saudara Anwar.

Post-Umno Anwar Lacks Organisers

Dengan izin, Anwar is not a man of detail. He is an orator and instigator (in a positive sense). He is not an organizer as some people had thought. During his Umno and Cabinet days he depended on organizers and he had organizers for all his activities. There were even people who did the reading for him.

When he was Youth Minister, I presented him a textbook on economics – “Prinsip-Prinsip Ekonomi” by the late Professor Dr. Harcharan Singh. I told him, read and you would get the basic ideas on economics.

But he is a consummate networking man. He could spent hours entertaining journalists – male and female. He could leave the VIP table to have nasi campur with padi farmers while squatting under the banana trees. I am pretty sure many young people are still mesmerized by him and he could still kill them softly with his song.

Since being sacked from Umno and the Government in 1998 the number of his supporting organizations could have dwindled. Many of his core supporters either did not join his Reformasi movement, while those who joined became disenchanted and left.

Azmin Ali and Saifuddin Nasution Ismail are among tha original group. These are people trained by Umno. Even (Tan Sri) Abdul Khalid Ibrahim is a newcomer to Reformasi. He was once a hardcore Umno man.

While the PKR can boast the presence of many young, educated and enthusiastic leaders, they are babies compared to the old-timers who helped “create” Anwar and many do not know Anwar beyond the Reformasi.

Namun kalau kepemimpinan politik Melayu – tidak kira dalam Umno, Pas atau PKR – benar-benar ikhlas dan bersungguh-sungguh mahukan perdamaian (reconciliation) dan perpaduan nasional, faktor Anwar tidak boleh diketepikan. Beliau adalah Ketua Pembangkang.

Bagi saya, ia bukan isu suka atau tidak suka kepada seseorang. Ia adalah mengenai usaha memulihkan sistem kuasa di mana orang Melayu dan Bumiputera, sebagai bangsa dan kaum induk dan majoriti di Malaysia, kembali memainkan peranan sebagai penimbang-tara yang berwibawa, adil dan saksama.

Di permukaan memang wujud gambaran bahawa orang bukan Melayu di Semenanjung gembira dengan persepsi perpecahan Melayu. Tetapi mereka juga bimbang bahawa Melayu yang tidak bersatu atau Melayu yang hilang keyakinan kepada kepemimpinan politik Melayu boleh berpecah menjadi kelompok yang keras dan radikal.

Seperti kata penulis dan peguam Karim Raslan dalam kolumnya “Ceritalah” dalam akhbar The Star pada 25 Februari berjudul “National reconciliation is the way forward”, antara lain, berkata:

“To me, “national reconciliation” must begin with my own community, the Malays….Indeed, reconciliation and a willingness to live with diversity must begin within the Malay community itself.”

(Bagi saya, “rekonsiliasi nasional” mesti bermula dengan masyarakat saya sendiri, (masyarakat) Melayu….Sesungguhnya, permuafakatan dan kesediaan hidup dalam kepelbagaian mesti bermula dalam masyarakat Melayu sendiri.”

Wallahualam.

– * Ini adalah pendapat peribadi penulis yang dipetik dari blog beliau sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan Sinar Harian Online.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");