Jenayah

Kanak-kanak lelaki lemas ketika mandi di Sungai Terengganu

lemas (1)
KUALA TERENGGANU – Kegembiraan tiga rakan menghabiskan cuti persekolahan dengan bermandi-manda di Sungai Terengganu berakhir dengan tragedi selepas seorang daripada mereka lemas di Manir dekat sini.

Dalam kejadian pada pukul 5.20 petang itu, mangsa yang lemas dikenali sebagai Mohd. Izzat Haikal Razali, 10, manakala dua lagi rakannya berjaya diselamatkan penduduk kampung yang menyedari insiden itu.

Seorang saksi, Kamal Salleh, 32, berkata, ketika itu beliau baharu selesai mendirikan solat Asar di surau berhampiran sebelum dikejutkan dengan jeritan meminta tolong.

Kamal yang bekerja di kawasan mengorek pasir itu berkata, sebaik sampai di tepi sungai, tanpa memikir panjang beliau terus terjun ke dalam sungai selepas melihat seorang kanak-kanak kelihatan terkapai-kapai dalam keadaan lemah.

“Sebaik berjaya membawa naik kanak-kanak itu, saya dimaklumkan masih ada seorang lagi yang turut lemas bersamanya tetapi tidak dapat berbuat apa-apa kerana mangsa, Mohd. Izzat sudah tenggelam,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, Pegawai Pusat Gerakan Operasi Bomba negeri, Abdullah Zawawi Mohamed berkata, mayat mangsa ditemui kira-kira pukul 6.40 petang semalam oleh pasukan penyelamat.

Katanya, mayat mangsa yang berasal dari Kuantan itu dijumpai di dasar sungai, kira-kira lima meter dari kawasan mangsa dilaporkan lemas.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");