Berita Hari Ini

Kebakaran hutan, belukar terkawal

hutan belukar

IPOH – Kebakaran hutan dan belukar membabitkan kawasan 32 hektar di Kilometer (KM) 14, Jalan Timur- Barat berhampiran Gerik terkawal dengan hampir 80 peratus api telah dipadamkan.

Ketua Zon Perak Utara Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Zainuddin Abdul Rahim yang mengetuai operasi berkata, hasil siasatan mendapati kebakaran bermula dari tepi jalan sebelum merebak ke belukar berhampiran.

Menurutnya, beliau tidak menolak kemungkinan kebakaran itu berlaku akibat kecuaian dari pengguna jalan raya yang melalui kawasan terbabit selain faktor cuaca kering.

“Operasi pemadaman dilakukan bersama 38 anggota Bomba dengan membahagikan empat pasukan untuk memadam kebakaran di bukit pertama setinggi 90 meter.

“Namun, kita akan melakukan ‘fire break’ bagi mengelakkan pergerakan api berkenaan merebak ke bukit bersebelahan setinggi 120 meter. Kita mengesan tiga kelompok api dan usaha pemadaman dan bara-bara sedang dijalankan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Zainuddin berkata, kebakaran di bahagian dalam hutan tepi jalan itu menyebabkan asap tebal sehingga boleh dilihat antara jarak satu hingga dua kilometer.

Katanya, orang ramai yang melalui jalan Gerik ke Jeli, Kelantan itu dinasihatkan tidak perlu cemas dengan jarak penglihatan itu selain perlu memperlahankan kenderaan dari KM 13 hingga KM 15.

“Pengguna jalan raya diminta lebih berhati-hati ketika melalui kawasan ini berikutan terdapat jerebu dengan jarak penglihatan antara satu kilometer terutama pada waktu petang berikutan terdapat pergerakan asap,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");