Membawang Hari Ini

Lagi filem Cina tempatan

filem cina tempatan

SELEPAS kejayaan filem Journey, sebuah lagi filem Cina tempatan bakal menyusul di pawagam. Mempertaruhkan genre komedi ringan, filem berjudul, MoKissU, ini mengisahkan tentang pahit manis percintaan yang dialami remaja ketika menempuhi alam persekolahan.

Mengambil kira pendekatan semula jadi dengan menggabungkan elemen-elemen penuh inspirasi, kisah remaja, cinta dan kasih sayang dalam sebuah filem, MoKissU, pasti memberi kejutan buat penonton tempatan di saat industri ketandusan filem seumpama ini.

Sedikit mengenai pengarahnya, Tai Min Hwee, pernah mengarahkan beberapa telefilem berkisar senario kampus seperti White Ants, Wonder of Little Fatty dan ini merupakan percubaan pertamanya di layar perak.

Menurut Min Hwee, bukan sekadar elemen kasih sayang dan percintaan remaja, filem sulungnya ini turut disuntik dengan unsur humor, tidak keterlaluan, tetapi sarat mesej-mesej berguna.

“Apa yang saya garapkan, akan dapat dilihat menerusi babak dan juga dialog yang punya maksud tersendiri.

“Malah, apa yang disampaikan dalam MoKissU juga berdasarkan pengalaman yang saya sendiri pernah lalui,” katanya.

MoKissU bermula dengan babak penemuan nyamuk Aedes di sebuah sekolah menengah menyebabkan beberapa orang pelajar disahkan menghidap Denggi.

Suasana di sekolah jadi tidak keruan dan semua orang rasa ketakutan lantas, usaha memerangi nyamuk Aedes dilancarkan.

Dari situlah bermulanya pelbagai kejadian lucu dan juga timbulnya bibit-bibit percintaan di antara pelajar di sekolah itu.

Pilih pelakon berbakat

Mengulas mengenai pemilihan pelakon, Min Hwee berkata, dia yakin filem yang dibarisi pelakon muda dan berbakat besar itu mampu menarik penonton ke pawagam.

Tegasnya tanpa pelakon popular, filem arahannya itu tetap memiliki jalan cerita tersendiri dan berupaya menyaingi filem sedia ada di panggung.

“Bagaimanapun, menerusi watak utama saya memberi kepercayaan kepada, Yumi Wong, yang juga merupakan ‘Angelababy Malaysia’.

“Mungkin namanya belum dikenali masyarakat tempatan, namun saya percaya dengan kemampuan Yumi setelah berjaya menggalas wataknya dengan baik.

“Selain watak, saya juga memaparkan beberapa babak kekeluargaan yang pasti menyentuh hati masyarakat kita,” katanya.

Dalam pada itu, Min Hwee  turut memuji lakonan berkesan, Danny Boy, yang merupakan pengacara popular rancangan kanak-kanak di pelakon utama lelaki menerusi Sementara itu, pelakon utama lelaki pula, Astro.

“Dia juga membawa watak utama dalam filem ini. Demi wataknya sebagai remaja naif dan polos, Danny terpaksa mengorbankan imejnya sekarang.

“Cintanya terhadap Yumi tidak berbalas kerana gadis cantik itu mementingkan rupa paras dalam percintaan,” ujarnya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");