Sukan Hari Ini

Liga Juara-Juara: Bayern Munich Tempah Tiket Ke Suku Akhir

bayernnnPemain-pemain Bayern meraikan kemenangan ke atas Arsenal sekaligus mara ke suku akhir Liga Juara-Juara.

BAYERN Munich menempah tiket ke suku akhir Liga Juara-Juara selepas menang secara agregat 3-1 ke atas Arsenal pada aksi pusingan kedua kelompok 16 pasukan di Allianz Arena, awal pagi Rabu.
Pada aksi kedua ini, perlawanan berakhir dengan kedudukan 1-1 apabila Bayern membuka jaringan terlebih dahulu pada minit ke-54 melalui Bastian Schweinsteiger.

Tiga minit selepas itu Lukas Podolski menyamakan kedudukan, namun sehingga tamat permainan kedua-kedua pasukan gagal menambah jaringan.

Anak buah Pep Guordiola mencatat kemenangan 2-0 ke atas The Gunner pada aksi pertama di Stadium Emirates tiga minggu lalu, sekaligus menyaksikan mereka layak ke suku akhir.

Senarai pemain:

Bayern Munich: Neuer; Lahm, Martínez, Dante, Alaba; Schweinsteiger, Thiago; Götze, Robben, Ribéry, Mandzukic

Arsenal: Fabianski; Sagna, Mertesacker, Koscielny, Vermaelen; Arteta, Oxlade-Chamberlain; Cazorla, Ozil, Podolski; Giroud

– mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");