Sukan Hari Ini

Lumrah dalam bola sepak

liga-super-liga-perdana-2014-300x160BERAT mata memandang, berat lagi bahu memikul. Demikian situasi yang terpaksa dihadapi pengendali Sime Darby, Ismail Zakaria selepas bercadang menggugurkan dua pemain import ketika jendela pendaftaran pemain kembali dibuka 23 Mac depan.

Tatkala skuad kendaliannya terperosok di tangga tercorot Liga Super apabila sekadar mengutip empat mata daripada enam perlawanan setakat ini, tiada lagi yang mampu dilakukan Ismail selain memburu dua pemain import baharu bagi memastikan jentera serangan The Giant Killer kembali berbisa selepas ini.

Menurut beliau, buat masa ini dua pemain import iaitu Wisdom Agblexo (Ghana) dan Mahmoud Amnah dari Syria hampir pasti digugurkan gara-gara mengalami kecederaan.

“Tidak timbul soal kejam, bola sepak memang begitu. Jika jurulatih tidak bagus pun boleh dipecat.

“Jadi, saya harap mana-mana pemain import yang digugurkan tidak berkecil hati dan menerima keputusan pengurusan dengan hati terbuka dan profesional.

“Buat masa ini, segala-galanya masih di peringkat perbincangan.

“Namun, saya tidak menolak kemungkinan memburu dua pemain import baharu bagi menggantikan pemain yang mengalami kecederaan,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Selain Wisdom dan Mahmoud, Sime Darby turut diperkuatkan dengan dua lagi pemain import iaitu Dilshod Sharofetdinov (Uzbekistan) dan William Mensah dari Ghana musim ini.

Mengulas lanjut, Ismail juga mengesahkan pihaknya sedang memantau beberapa calon import baharu dari benua Afrika dan Asia Tengah.

“Keputusan ini (mendapatkan pemain import baharu) terpaksa dibuat memandangkan jentera serangan kami dilihat tidak cukup tajam.

“Namun segala-galanya belum muktamad, apabila sudah menemui pemain import yang benar-benar berkualiti baru kami akan umumkan,” jelas beliau.

Ismail juga kekal mempercayai barisan pemain tempatan musim ini dan tidak bercadang memburu pemain baharu ketika pendaftaran pemain dibuka semula kelak.

– KOSMO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");