Jenayah

Malaysia sedia bekal maklumat diperlukan

doa untuk mh370

CYBERJAYA – Malaysia melakukan segala yang mungkin untuk memberi maklumat terkini mengenai operasi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines MH370, kepada keluarga 239 penumpang dan kru.

Utusan khas Perdana Menteri ke China, Tan Sri Ong Ka Ting berkata Malaysia sentiasa telus dalam membekal dan menyebarkan maklumat kepada mereka.

“Kami cuba menjawab soalan dan menyelesaikan kesangsian mereka secepat mungkin,” katanya kepada ratusan pemberita asing dan tempatan selepas taklimat dua-setengah jam dengan keluarga penumpang dan kru di sebuah hotel di sini malam ini.

Pesawat Malaysia Airlines itu yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 pagi 8 Mac.

Ong berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sentiasa memberi keutamaan teratas terhadap keluarga kru dan penumpang.

Taklimat itu turut disertai Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Seri Long See Wool, Pengerusi MAS Tan Sri Md Nor Yusof, pegawai-pegawai kanan Jabatan Penerbangan Awam, wakil-wakil Angkatan Tentera dan pegawai-pegawai Wisma Putra. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");